Friday, January 11, 2013

Walimatul Urus Najwa & Idres



Alhamdulillah... Syukur kepada Allah s.w.t kerana pada tarikh 17/11/2012 ini aku telah selamat diijabkabulkan, dan aku telah sah menjadi isteri kepada suamiku.. Terima Kasih ya Allah kerana engkau telah satukan kami dengan ikatan perkahwinan yang mulia dan  indah ini..  





" Disaat Bergelar Isteri "



" Di Saat Bergelar Suami "


Selepas kahwin ,aku duduk sementara di rumah mak mertuaku yang amat aku sayangi sehinggalah Majlis Menyambut Menantu kami di buat di penang .. Bahagia sangat2 hanya Allah saja yang tahu.. Ada suami yang baik dan soleh,banyak sgt membantu ku dalam apa jua masalah yg ku hadapi .Aku amat mencintamu dan menyayangi dirimu duhai suamiku.. 

Aku amat merindui arwah ibuku, di saat aku di akadkan...  hendak je aku menjerit sekuat hatiku kerana aku merasakan arwah ibuku masih ada di bayanganku.. entah la,sebak hati ku kerana insan yang amat ku sayangi dan kasihi tiada di dunia ini lagi.. aku seolah-olah tidak dapat menerima suratan takdir. "Ya Allah, Ampunkan aku.... " . Aku amat2 merindui arwah ibu ku...  "

"Wahai Allah, ampunilah arwah ibuku (suzana binti  nanyan), naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya."

Hati dan perasaan ku di saat itu hanya Allah saja yang tahu.. Aku menahan air mata dari terus mengalir. Aku tetap kuatkan diriku di khalayak ramai walaupun didalam hatiku sebak . Aku rehdo dengan ketentuan mu Ya Rabb..  


Ya Allah..
Kau ampunilah dosaku yang telah ku lakukan,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan..

Ya Allah..
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah-Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya..

Ya Allah..
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat-Mu..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu,
Aku buta tanpa bimbingan Mu,
Aku cacat tanpa hidayah Mu,
Aku hina tanpa Rahmat Mu..


Ya Allah..
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..

Hanya pada Mu, Ya Allah..
Ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu..


Ya Allah Tuhanku..
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku..


                                                     Amin... Ya Rabbal alamin.... :)

No comments:

Post a Comment