Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam
“Barangsiapa merampas hak seorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkan baginya surga,” maka salah seorang bertanya,”Meskipun sedikit, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab,”Ya, meskipun hanya setangkai kayu sugi (siwak).” [HR Muslim]
“Sungguh akan datang kepada manusia suatu masa, yaitu seseorang tidak lagi peduli dari mana dia mendapatkan harta, dari jalan halal ataukah (yang) haram”. [HR Bukhari]
"""" KENAPA ADANYA KECENDERUNGAN BAGI SEGELINTIR GADIS2 REMAJA, SEPERTI YANG BARU MENAMATKAN PENGAJIAN UNIVERSITI DAN BARU MULA BEKERJA, UNTUK MENANGGUK KASIH SAYANG DARI SUAMI ORANG ?????????? """"
Saya teringat satu idiom Inggeris yang berbunyi; "Nice men are either
married, unavailable or gay".
Tidak dapat dinafikan yang suami orang ini, memandangkan mereka
telahpun menempuh asam garam rumahtangga, menjadikan mereka lebih
peka dan sensitif dengan kehendak gadis-gadis muda ini. Apatah lagi
jika suami orang tersebut telahpun menjangkau 30an (atau akhir 20an),
mempunyai jawatan tinggi dan kukuh kewangannya.
Kajian telah mendapati bahawa wanita lebih mengutamakan paras rupa
pada awal kedewasaan mereka. Namun setelah mereka meningkat dewasa
(awal atau pertengahan 20an) mereka akan mula mencari lelaki yang
difikirkan mampu memberi sekuriti dari segi kewangan.
Ini tidak bermaksud lelaki tersebut harus kaya raya untuk menarik
perhatian wanita. Cukuplah sekadar beliau mempunyai kerja tetap atau
sumber income yang membolehkan beliau menyediakan tempat tinggal dan
kegunaan asas (makan, pakai) untuk wanita dan anak2 mereka kelak.
Selain sekuriti, wanita cenderung tertarik pada lelaki yang mempunyai
kuasa, ataupun memiliki pengaruh tertentu terhadap orang lain. Paras
rupa adalah satu bonus setelah dua kriteria utama ini dipenuhi.
Ini menjelaskan kenapa kadang-kadang kita melihat lelaki yang bagi
kita 'kureng hensem' berganding tangan dengan seorang wanita seksi
meksi hingga membuatkan kita tertanya; "What does she see in him?".
Lantas pasangan tadi bergandingan memasuki BMW 5 series yang
seterusnya memecut laju meninggalkan kita...
Manakala lelaki pula, secara umumnya, untuk mana-mana peringkat umur
sekalipun, tetap mengutamakan kecantikan!!!
Namun lelaki seperti si suami, sesuai dengan keadaan ciptan dan
hormon mereka, sentiasa memerlukan suatu platfom untuk mereka
mempamerkan autoriti dan kekuasaan mereka. Jadi apabila keperluan ini
disekat dengan leteran bertubi-tubi dari si isteri, secara psikologi
mereka akan merasa 'kehilangan' autoriti tadi, lantas akan mula
mencari platfom lain untuk mempamerkannya.
Selain itu, wanita, sesuai dengan keadaan ciptaan mereka, ingin
dibelai, diberi kasih sayang, mengalami romantika dan humour. Wanita
menyukai lelaki yang boleh membuat mereka tertawa dan lelaki menyukai
wanita yang tertawa dengan celoteh mereka.
Faktor ini juga, bagi saya, lebih mudah di dapati dari 'suami orang'
yang telahpun masak dan memaklumi kerenah seorang wanita dan apa yang
mereka inginkan, berbanding seorang lelaki bujang.
Jadi bila kita pertemukan dua faktor ini; wanita muda yang memerlukan
sekuriti, belaian dan 'kuasa' seorang lelaki; dengan si suami yang
tertekan dengan kegagalan beliau mempamerkan 'kekuasaan' tadi, maka
wujudlah fenomena 'wanita muda dan suami orang' ini.
Kebanyakan masalah soal hati yang dibaca di Relexjap berkenaan
fenomena ini, bagi saya, hanya menjurus pada satu sudut saja, yakni
dari perspektif si isteri (atau suami yang ditinggalkan). Jadi bagi
isteri2 yang mengalaminya, cuba renung semula kajian di atas untuk
memahami apa yang sebenarnya terjadi.
Pada pendapat saya, hanya komunikasi yang mampu menyelesaikan masalah
ini. Rumahtangga yang mampu bertahan lama adalah di sebabkan adanya
komunikasi terbuka antara suami isteri untuk membincangkan apa juga
masalah yang dihadapi. Namun jika mana-mana pihak cepat melenting,
melatah, angin, tak boleh bawa berbincang dsb, ini akan menimbulkan
tekanan dalam rumahtangga tersebut yang selalunya membawa kesudahan
yang tidak begitu menyenangkan.
Oleh itu, bagi pasangan yang telah berumahtangga, cubalah
pertingkatkan komunikasi anda. Setiap masalah ada penyelesaiannya
asalkan masing-masing bersifat terbuka dan sanggup menerima pendapat
pasangannya (dan berubah seadanya).
Namun jika tidak, berhati-hatilah. Banyak wanita atau lelaki lain
yang lebih tinggi sumber kewangannya, romantikanya, kecantikannya,
muda remaja, seksi, cantik, 'ganas' aksi seksualnya dan kekuasaannya
yang sedang menanti peluang...
Semoga kita belajar dari pengalaman orang lain.
"Hati Seorang Isteri yang Dilukai"
KOMEN INI SAYA AMBIK DARI LAMAN SEMBANG , BELIAU MENGATAKAN:
Tapi..takut dan gementar bila saya membaca tulisan mengenai bab ini, saya bermohon kepada Allah SWT bebanyak agar dijauhi dari sifat ingin melukakan hati dan perasaan insan-insan yang bernama manusia.
Cuma satu: kita sebagai insan perlu ada garis panduan dan sempadan, sebagai insan yang terdidik dan profesional, kita perlu menekankan kepada sahsiah yang mulia, ada batasan, usah mengganggu rumhatangga orang lain, merosakkan perhubungan kasih antara dua suami isteri, menghormati hak-hak orang lain sebagaimana yang termaktub dalam Al Quran dan Sunnah [Hadis Nabi s.a.w].
Saya tidak menyalahkan sesiapa, cuma usah membakar api dengan minyak yang sedia membakar, sebagai lelaki usahlah menggoda anak-anak dara, anak-anak dara usah pula menerima cinta [ pujuk rayu godaan cinta melemahkan minda], kalau sudah terlalu cinta sukar pula menarik kembali...apapun disinilah kematangan bermula, suami orang perlu memikirkan nasib isteri dan anak-anaknya berbanding tarikan nafsu gelora dan anak dara perlu memikirkan nasib isteri orang yang pasrah kecewa....saya tidak menyalahkan sesiapa, cuma fikirkan penderitaan orang lain atas nama kesenangan kita...dalam masa yang sama kita tidak boleh menyalahkan pula wanita yang memilih untuk menjadi isteri kedua kerana apabila sah ijab dan kabul , maka itu namanya jodoh yang ditentukan oleh Allah SWT...cuma apa yang bersirat dalam minda kita semua, mengapa kita sebagai lelaki tidak mencontohi Nabi Muhammad s.a.w...
Perempuan yang memandang lelaki yang sudah berkahwin itu betanggungjawab,baik,rajin,romantik,ambil berat dan sebagainya seolah-olah lelaki itu adalah 100% sempurna pada mata mereka tanpa mereka sedari bagi isteri mereka suami itu adalah orang yang curang,tidak adil dan main kayu tiga. Jika berlaku penceraian akibat perempuan begitu,tidak hairan dia juga akan takut suami mereka mengulangi perkara yang sama jika mereka berkahwin. Jadi,anak dara di luar sana,biar jadi anak dara tua,jangan sekali2 merampas kebahagiaan orang lain demi kebahagian diri sendiri.
ReplyDelete