Monday, June 4, 2012

My Mom is A Beautiful Melody in My Heart


My mom is a neverending song in my heart of comfort, happiness, and being. I may sometimes forget the words but I always remember the tune.

pantas masa berlalu... apakan daya yang ku miliki hanyalah milik-MU. 
Setiap saat pasti ku merinduinya..
Apatah lagi pelukkannya yang selama ini yang ku inginkan.,,
Tika aku melihat semua orang dipeluk,
terus didalam fikiranku ini ' Andai dia masih di sisiku, akan ku kucup dahinya '
but, semua itu tidak akan kembali semula.
yA ALLAH.. kuatkan hati hambamu yang lemah ini..aku tidak tertahan dengan deraian airmata ini,
Aku bersyukur kerana engkau telah menganugerahkan aku seorang ibu yang amat baik hati budinya,
yang selalu menyayangi kami walaupun sibuk bekerja,
aKU masih teringat memory kita bersama,
tidak dapat aku lupakan,
Di saat sakaratul maut menghampirimu....
Diri mu tetap bertahan menahan sakitnya mati.,
Dirimu tetap tersenyum walaupun anak mu disisimu menjadi kekuatanmu,
Ibu...
jasamu dan pergorbananmu tidak dapat sama sekali mampu ku balas.
Hanya doa yang dapat ku iringi bersamamu.




diriku kembali menulis pena untuk mengguatkan hati yang sedih ini.
perginya dirimu membuatkan aku merasa lemah dan sunyi,
tiada lagi kedengaran sendu suaramu yang menusuk kalbu,
hilangnya doa insan yang amat ku sygi,
tiada lagi kata2 nasihat buatku,
tiada lagi tawa riang mu yng membuat anak mu ceria ,
tiada lagi gurauan darimu,
tiada lagi kedengaran kemarahanmu,
yang ada hanyalah airmata yang membasahi bumi.
  ku tahu dirimu selalu melihat kami di bumi ini,
 melihat segala gerak geri kami ,
ku tiada kekuatan untuk menghukum diriku,
apatahlagi adik2 yg masih kecil memerlukan kasih sayang,
pantas fikiranku berfikir.............
"Apa lah nasib yang terjadi pada  keluargaku, ya ALLAH...ampunkan aku.''
 Ya ALLAH... aku amat merindui arwah ibuku...


Ibu...

najwa nak sangat berbual dgn ibu..
xpela ibu, wa simpan jela dekat blog ini..
kalau lah ibu ada ,
mesti seronokkan..?

ibu.... tinggal 6 bulan lagi anakmu ini akan bergelar isteri orang.,
ibu.., nak je wa share dgn ibu masalah2 wa,
xpi tu dulu ibu,..
sekarang wa hnya mampu bercakap sorng2,
" Adakah anak ibu ini gila orng nya?" " Tidakkan"

Ibu...
nanti wa mesti sedih time  wa nak angkat nikah,
yelah... semua orang ada mak...
wa dh tiada mak...
wa ni kadg2 manja tak bertempat.
asal g mana2 mesti ibu pun kena teman wa .

tah lah.. xtau nak cakap apalagi..
wa betui2 sedih sgt2...


Ibu ... terima ksih wa ucapkan kerana ibu sudi membesarkan najwa dengan didikan agama.dan sebagainya. thanks sgt2 my mum. I love u soo muchh.....
"Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu"


Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami
memohon pertolongan
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
dan bukan pula orang-orang yang sesat.
Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah.
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan,
aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya
Engkau murkai,
aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya
Engkau tuntuti.
Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan
lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu,
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.
Ya Allah, Ya Rahim Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang
beriman kepadaMu
dan
berbakti kepada kedua ibubapaku.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika
aku kecil
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan
menyakiti hati mereka
kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
sedangkan ku tahu,
Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "huh"
kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan.
Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan
merekalah aku berjaya
kini,keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
tidur malam mereka aku ganggu
titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
tidak pernah mereka mengadu letih
tidak pernah mereka mengadu sakit
lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
dimalam ini aku terkenang semua itu
dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah
aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
aku tahu ya Allah mereka terlalu lemah dan tidak mungkin
dapat menahan siksaanMu yang amat pedih itu ya Allah
Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku.
Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.
Amin.Amin Ya Rabal a'lamin......



2 comments:

  1. Sabarlah adik akk sayang. Allah lebih menyayangi ibu adik. Allah ambil ibu sementara jer. InsyaAllah doa byk2 agar bertemu ibu di syurga Allah. Semoga Allah permudahkan segala urusan wa kelak terutama dalam membina bait muslim.

    ReplyDelete