Saturday, September 10, 2011

KESERONOKKAN DALAM KESEDIHAN MENYELANG EID-FITRI 2011


* Ahli-ahli jemaah Surau Haji Ali & Saudara-mara ku beraya di rumah Tok Pok*



* Sepupuku & Mak Sepupu ku*


* Sebahagian daripada adik-beradikku di pagi Syawal bersama Atok*

RAYA OHHHHHHH RAYA!!!!

Syawal kali ini bagi ku bukan lagi meriah tetapi kesedihan yang ku alami buat diriku selama 1 thn 8 bulan nie. Ya allah..kali ini aku betul2 tidak merasa kegembiraan lagi apabila ibuku tiada di sisiku .Aku hanya bermandikan air mata di pagi Syawal.Tiada siapa pun tahu isi hatiku melainkan allah taala.Ya allah.. kuatkan ku dengan ujian-mu ini agar aku tabah menerima-Nya pergi di sisi-Mu.

Ya allah..hnya tempat-Mu aku mengadu segala-galanya atas kesedihanku ini. Tapi,kadang kala aku leka di atas ujian-Mu. Pelbagai ujian yang telah aku lalui,tanda SAYANG-NYa engkau kepada ku,kata orang, Allah s.w.t. tdk akan beri UJIAN & DUGAAN kepada hamba-hambanya jika mereka tidak mampu. Ya Allah..Aku hanya insan yang LEMAH Ya Allah…kuatkan imanku ya allah… tangkisanku tdk henti2 menitis.hati ku masih berkata-kata…Mengapa aku di uji dengan bergini? Ampunkan aku YA ALLAH…. :’(

Kesian aku melihat adik-adikku yang baru sahaja hendak membesar dengan kasih sayang seorang ibu. Terkenang kisah ibu semasa di HOSPITAL..sebak melihat ibu ketika itu…luluh hatiku bagaikan hendak tercabut jantungku melihat ibuku yang tidak mampu bertahan lagi..aku rasakan tidak percaya apa yang aku lihat di depan mataku. Ketika itu aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar ibuku diberi kekuatan dan dipulihkan seperti biasa…namun Allah s.w.t. lebih SAYANGkan ibu dahulu….Ibu pergi tinggalkan kami pada 12/12/2009 pukul 1.45 pagi jumaat. Aku melihat abah di tenangkan oleh kakaknya..aku terus pengsan tidak sedarkan diri kerana aku baru bersama ibu sehari sebelum kejadian dan mendapat berita hari esoknya ibu nazak…seolah2 aku dalam bayangan. Belum sempat ku hendak bermanja dan bergurau senda dengan ibu. “Ibu….wa rindukan ibu..” jika ibu ada di dunia ini lagi, wa nak peluk ibu,nak cium ibu,nak bergurau ,nak makan kueh raya yang ibu buat dan kek coklat kegemaran wa tapi itu semua tidak akan berputar kembali.

Alhamdulillah,semua anak-anak ibu kini dapat menerima atas pemergian ibu di sisi-Nya. Wa akan sentiasa menghadiahkan ibu doa. Wa bersyukur sangat dapat beraya dengan adik-adik dan Abah..biar pun kekurangan seorang dalam family kita. Tapi wa sentiasa ceria di depan khalayak ramai.wa nk jadi mcm ibu..seorng yang kuat dan tabah.. bolehkan ibu? Hehehe. SAYANG IBU!

Sekarang ni wa dah sambung belajar..wa kalau boleh nak belajar jauh-jauh tapi wa x sanggup tinggal fmly sebab adik-adik perlukan wa untuk beri diowg kekuatan dan semangat. Kalaulah wa tiada nanti,siapa yang akan jaga adik-adik nanti ye? Risau wa dibuatnya.. wa sentiasa berdoa supaya Allah s.w.t. memberi kecemerlangan ,kesihatan ,kekuatan dan keimanan yang kuat untuk adik-adik. Biarlah wa sakit sekalipun,asalkan adik-adik tidak sakit .Masalah kewangan dalam famly kita pun wa dah putus asa untuk meneruskan pengajian.

Tak pelah,aku akan kuat untuk menghadapinya.insyallah……!! sekarang aku tak nak fikir semua tu. Aku nak bagi fmly ku gembira dengan kejayaanku. Insyallah..allah akan permudahkan segalanya.

BERUSAHA UNTUK KUAT SEMANGAT!!

No comments:

Post a Comment