Wednesday, June 9, 2010

hilangnya tiada pengganti . .



nie pic ana mse kecik...yg pegng wa..arwh toklong samad...yg kai bju biru tgh bce tuu arwh tokngoh..
salam..
Nenda Abdul Halim Haji Mohamad Ali..
telah meninggalkan kite smua ahli keluarganya..
kehilangan tokngoh amat di rasai oleh sanak-saudaranya..
tiada insan lain yang dapat menggantikan tempat arwah..
arwah telah kembali kerahmatullah pada 8 Jun 2010 (Selasa)..
pada jam 01.35 pagi..
ketika arwah sedang sakit, ahli keluarga datang mendoakan & membacakan surah yasin buat arwah dengan harapan arwah akan sembuh & mengurangkan penderitaan arwah..
tetapi Allah lebih menyayangi arwah..
tika arwah di jemput Illahi, ahli keluarga ada di samping arwah..
alhamdullillah urusan pengebumian arwah selamat dilakukan iaitu pukul 11.30 pagi jenazah arwah telah di bawa ke Bukit Ubi untuk disemadikan..

nenda Abdul Halim merupakan penyeri kpd keluarga kami tika hayatnya..
beliau suka bergurau, bercerita, garang jika kami melakukan perkara yg beliau xsuke, suka membaca al-quran & akan melakukan solat tepat waktu nya..
walaupun beliau sedang sakit, beliau tidak lupa menunaikan kewajipan tersebut..
walau dimana pun beliau berada, beliau akan menyegerakan kewajipan tersebut..
ketika beliau serius, anak2 buah akan berasa gerun melihat mukanya yg garang..
tetapi hakikatnya, arwah merupakan seorang yg penyayang..tiada insan sehebat tokngoh lagi..kedengaran suara ketika solat tarawih pasti membuat kami semua RINDUKAN suara itu...hnya yang pasti...takdir allah telah menentukn..yg hidup pasti akn MATI..yg MATI perit menanggung azab SAKARATUL MAUT.. dn di ALM BARZAH..kdng kala...apa yg kmi impikan
tidak semestinya tercapai...btl kte tokngoh..hidup didunia hanya pinjaman seketika.. tok ngoh....engkau lah insan yg ku syg...pemergiaan mu tetap ku kenang!

Tokngoh,,

" ampunkanlah segala kesalahan kami jika kami telah menyetuh perasaanmu, berkasar dengan mu, tidak mendengar kata-kata mu,jika kami telah menyakitkan batin mu.. ampunkanlah kami semua..sesungguhnya kami tidak mengetahui isi hati mu yang tersurat & tersirat.. kami telah memaafkan segala kesalahan mu walaupun hanya secebis kertas, sehalus kuman & sekecil semut..jasa mu akan di kenang sampai bila-bila.. semoga kau ditempatkan disisi orang-orang yang beriman & soleh.. amin ~ "

khas buat arwah Nenda Abdul Halim Haji Mohamad Ali
dari : keluarga mu yang tercinta . .~ Al-Fatihah ~

No comments:

Post a Comment